Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen negara teruskan saingan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Infofoto

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Penyertaan Atlet-atlet negara dalam Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 Kuala Lumpur 2017 diteruskan lagi hari ini di dalam beberapa acara antaranya sukan Wushu, Bola Sepak, Lumba Basikal dan Lawan Pedang.

    Dalam Acara Wushu lelaki, peserta negara Mohd Adi Syarani bin Roslan menduduki tempat ketujuh daripada 11 orang peserta. Muncul merangkul pingat emas dalam acara ini ialah peserta dari Singapura diikuti oleh peserta Indonesia dengan pingat perak dan pingat gangsa diraih oleh peserta tuan rumah.

    Hadir menyaksikan acara itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Mohd Adi Syarani berjaya mendapat 18.77 mata, diekori rapat oleh peserta dari Thailand yang berada di tempat kelapan. Tempat kesembilan dan ke-10 adalah peserta dari Myanmar dan peserta dari Vietnam berada di tempat ke-11.

    Dalam Kategori Individu Wanita Taijijian Pikihan pula, dua peserta negara berada di tempat ketujuh dan kelapan. Basma Lachkar meraih 9.23 mata dan diikuti oleh Ang Guat Lian dengan mata 9.26 di tempat kelapan.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika hadir menyaksikan penyertaan atlet negara dalam sukan Wushu.

    Mohd Adi Syarani ketika beraksi mempamerkan kemahirannya di Sukan SEA Kuala Lumpur.

    Peserta dari Indonesia muncul pemenang pingat emas, diikuti peserta Filipina dengan pingat perak dan pingat gangsa diraih oleh pasukan tuan rumah.

    Dalam Kategori Lelaki Individu Nandao dan Nangun, peserta negara Mohd Sufi Shayiran menduduki tempat kelima, manakala Mohd Adi Salihen berada di tempat ketujuh.

    Pingat emas dalam acara ini dimenangi oleh peserta Myanmar diikuti oleh Vietnam dengan pingat perak dan Malaysia dengan pingat gangsa.

    Sementara itu dalam sukan Lumba Basikal acara Criterium Lelaki, pelumba negara Morsidi menduduki tempat ke-16, Andrew Mikha menduduki tempat ke-28, Rafiuddin pula menduduki tempat ke-30, dan Azmi meraih tempat ke-34.

    Seramai 41 pelumba menyertai acara berkenaan dengan kemenangan berpihak kepada pelumba dari Malaysia dengan meraih pingat emas dan gangsa, manakala pingat perak disandang peserta Thailand.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda