Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kontinjen renang negara sedia sahut cabaran

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Atlet sukan renang Negara Brunei Darussalam menaruh harapan yang tinggi untuk memberikan persembahan yang terbaik ketika beraksi di Sukan Belia Komanwel ke-7 di Trinidad dan Tobago.

    Berbekalkan latihan intensif yang dilaksanakan sebelum berlepas ke temasya sukan berkenaan, para atlet percaya mereka dapat memberikan persembahan yang baik serta dapat memperbaiki lagi catatan terbaik peribadi mereka.

    Harapan itu disuarakan oleh Chef de Mission dan Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly dalam temubual ringkas bersama Media Permata sebelum kontinjen Negara Brunei Darussalam berlepas ke Sukan Belia Komanwel ke-7, hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa saingan daripada atlet-atlet lain yang berpengalaman akan menguji atlet negara tetapi mereka bersedia untuk menyahut cabaran tersebut dan memberikan yang terbaik dalam sukan berkenaan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, untuk mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Belia Komanwel ke-7 disertai seramai lapan orang terdiri daripada chef de mission, ketua urusetia, safeguarding lead officer, jurulatih dan empat orang atlet sukan renang iaitu Joel Ling Thai Yu, Zeke Chan Zhi Yue, Hayley Wong Ann Yue dan Sharmeen binti Mohammad Mharvin, di mana kejohanan berlangsung dari 4 hingga 11 Ogos.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan Pengiran Mohammad Amirrizal bergambar ramai dengan Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Belia Komanwel ke-7. – Gambar oleh Sim Y. H.

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...