Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari 13 ahli daripada pegawai perhubungan, fisioterapi, jurulatih dan atlet sukan Sepak Takraw pagi tadi berlepas ke Bintulu, Sarawak bagi menyertai kejohanan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI).
Hadir mengucapkan selamat jalan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas ialah Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan turut memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara.

Hadir sama ialah Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI), Kuching, Sarawak 2024 serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.
Rombongan seterusnya akan bertolak ke Kuching, Sarawak pada hari Selasa, 13 Ogos.


