Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontrak ditarik balik jika gagal mula projek dalam sebulan

    MUKAH, 14 OGOS – Kontrak pelaksanaan projek kerajaan Sarawak yang berjaya dibida kontraktor akan ditarik balik sekiranya mereka gagal memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas dianugerahkan projek.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia adalah solusi terbaik bagi menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat di Sarawak.

    “Kerajaan telah memutuskan apabila projek itu dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya mereka mesti memulakannya serta-merta dan kalau tidak dapat melaksanakan dalam masa sebulan, kita tarik balik,” katanya.

    Beliau ditanya mengenai perkara berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri (SDCCM) BIL 2/2024 hari ini.

    Abang Johari berkata masalah projek sakit timbul apabila kontraktor tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek dan sering kali didapati membida pada harga amat rendah semata-mata untuk memenangi tender projek.

    Tiga kontrak yang ditarik balik ialah kontrak pemasangan lampu isyarat Jalan Samarahan dan pembinaan Jambatan Marudi serta Jambatan Rambungan.

    Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan turut memantau pihak kontraktor yang menggunakan beberapa nama syarikat berbeza demi memenangi bidaan tender projek. – Bernama

    Abang Johari ketika ditemui pemberita di Kompleks Hikmah Exchange, pada 4 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda