Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontrakor Bumiputri disaran manfaat platform digital

    KOTA KINABALU, 20 JULAI – Kontraktor Bumiputera disaran memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan perniagaan dan bersaing memperluaskan perniagaan dengan menceburi pasaran terbuka tanpa bergantung semata-mata kepada projek kerajaan.

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan.

    “Kini para kontraktor boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan syarikat masing-masing dan tidak hanya menunggu projek daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Pemasaran Digital, di sini, hari ini.

    Beliau berkata kerajaan amat komited bagi memastikan jaringan perniagaan kontraktor Bumiputera terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran melalui pendedahan kepada asas dan teknik pemasaran berkesan melalui media baharu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda