Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konvoi BMW Motorrad ke Tutong meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Lebih 15 pemilik BMW Motorrad daripada model urban mobility ke touring telah menyertai konvoi Tunggangan Sarapan Pagi Hujung Minggu Tutong sejauh 110km ke Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Konvoi tersebut bermula dari Bilik Pameran BMW Motorrad Beribi menuju ke Waterfront Sungai Tutong dan Pantai Seri Kenangan. Menurut kenyataan QAF Auto Sdn Bhd, lebih banyak acara sebegini akan diadakan pada masa akan datang dan berharap para pemilik BMW Motorrad akan menyertai aktiviti tersebut untuk membesarkan lagi komuniti itu.

    Sempena acara berkenaan, BMW Motorrad juga melancarkan pakej minyak pelincir BMW Motorrad atau Pakej Servis Inklusif (BMS) dan Pakej Jaminan Lanjutan BMW Motorrad (BMWE), dan pelanggan boleh membeli pakej-pakej berkenaan untuk tiga tahun atau perbatuan sehingga 30,000km.

    Pemilik BMW Motorrad bergambar ramai sebelum memulakan konvoi ke Tutong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda