Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konvoi BTOP Motors meriahkan HK39

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, BTOP Motors menganjurkan acara konvoi yang bermula dari Dewan Pameran Honda BTop Motors, hari ini.

    Acara itu disertai oleh seramai 39 orang pemilik motosikal Honda di mana para peserta bergerak dari Gadong menuju ke Temburong iaitu Monumen Permata Hijau yang baru
    dibina dan menamatkan perjalanan di sebuah restoran di Gadong.

    Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran BTOP Motors, Narawi Merusin, acara konvoi tahunan itu dianjurkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-39 di mana pada 2022, acara konvoi berkunjung ke Tutong tetapi disebabkan pandemik COVID, ia tidak dapat diadakan pada 2021.

    Beliau mengongsikan bahawa matlamat konvoi berkenaan adalah untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara ke-39 dan juga untuk mengumpulkan pemilik-pemilik motosikal Honda bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Beliau juga menyatakan bahawa konvoi itu merupakan acara pertama yang dihoskan oleh BTOP Motors bagi 2023 dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan dalam bulan-bulan yang mendatang.

    Para pemilik motosikal Honda semasa menyertai konvoi anjuran BTOP Motors.
    Narawi Merusin menyempurnakan pelepasan konvoi, kelmarin.
    Antara penunggang motosikal Honda yang menyertai acara konvoi berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda