Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konvoi Jeep selamat kembali

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Kumpulan Pemilik Jeep Brunei (JOGB) selamat kembali ke tanah air hari ini selepas melalui pengembaraan selama empat hari yang mencabar di Sabah.

    “Kebanyakan anggota kami begitu teruja kerana pertama kali menyertai ekspedisi ‘off-road’,” kata pemimpin konvoi JOGB, Calvin Lo.

    “Hari pertama agak menggerunkan apabila berdepan beberapa halangan sukar, namun hari-hari berikutnya menyaksikan pengembaraan lebih menarik dengan pemandangan gunung yang indah walaupun laluan agak mencabar.

    Kumpulan JOGB bergambar ramai di Sipitang dalam perjalanan pulang ke tanah air.

    “Kami memang sudah bersedia dan yakin selepas menjalani latihan sebelum perjalanan. Secara keseluruhan, kami menikmati perjalanan dan berharap dapat mengambil bahagian dalam konvoi sedemikian pada masa depan,” katanya.

    Ketua Bahagian Jeep Chrysler Goh Hock Kee (GHK) Motors, Awang Abdul Halim bin Haji Zainal Abidin yang mengiringi konvoi untuk memberi sokongan bagi pihak pengedar Jeep, mengatakan bahawa konvoi berkenaan berjaya walaupun perjalanan mencabar mental dan fizikal.

    “Konvoi berjalan dengan lancar, berkat usaha berpasukan sokongan besar daripada Kumpulan Jeepers Borneo yang dipimpin secara peribadi oleh presidennya,” kata Awang Abdul Halim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda