Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Konvoi Presiden Ecuador diserang penunjuk perasaan

    QUITO, 8 OKT – Presiden Ecuador, Daniel Noboa terselamat tanpa cedera selepas konvoinya menjadi sasaran penunjuk perasaan yang membaling batu dan melepaskan tembakan, menurut seorang menteri kelmarin.
     
    Noboa sedang merasmikan sebuah loji rawatan air di kawasan tengah Ecuador apabila konvoinya diserang oleh sekumpulan besar penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga bahan api.
     
    “Kira-kira 500 orang muncul dan membaling batu ke arahnya, dan terdapat kesan peluru pada kereta presiden,” kata Menteri Alam Sekitar, Ines Manzano.
     
    Beliau berkata lima orang telah ditahan dan akan didakwa atas tuduhan keganasan, satu kesalahan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun.
     
    Rakaman video yang dikeluarkan kerajaan, dipercayai dirakam dari dalam konvoi, menunjukkan penunjuk perasaan berdiri di tengah jalan sambil mengibarkan bendera, mengutip batu dan bata besar.
     
    Daniel Noboa berdiri di sebelah kenderaan yang dinaikinya ketika ia ditembak di Canar, Ecuador, pada 7 Oktober. – AFP
    Ketika SUV presiden melalui kawasan itu, peluru dan batu terkena badan kenderaan dan menyebabkan tingkap pecah. Suara seseorang kedengaran menjerit, “Tunduk! Tunduk!” ketika kenderaan itu memecut meninggalkan tempat kejadian.
     
    Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada beberapa kesan impak pada kereta perisai Chevrolet Suburban milik Noboa berpunca daripada tembakan senjata api.
     
    Serangan itu berlaku ketika gelombang demonstrasi semakin ganas sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel.
     
    Penunjuk perasaan telah melancarkan mogok, menyekat jalan raya dan menculik 16 anggota tentera, yang kemudiannya dibebaskan dengan selamat.
     
    Pada Ahad, organisasi masyarakat peribumi terbesar Ecuador melaporkan seorang penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
     
    Lebih 100 orang, termasuk penunjuk perasaan dan anggota keselamatan, dilaporkan cedera sepanjang rusuhan. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...