Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konvoi Suzuki Jimny sempena HK40 disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Dalam sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Negada Brunei Darussalam yang ke-40, Suzuki Jimny Brunei, pada pagi hari ini, telah mengadakan Acara Konvoi Pacuan Empat Roda Khas Kebangsaan yang bertujuan untuk memperingati semangat perpaduan dan kemajuan negara.

    Acara itu dimulakan dari Jerudong Park dan melalui laluan ke Daerah Tutong, dan berakhir di Kuala Belait.

    Suzuki Jimny Brunei National Drive itu adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan  silaturahim antara peminat jenama Jimny yang baharu dan yang sedia ada.

    Memandangkan Brunei menandakan peristiwa penting itu, acara itu bertujuan untuk mengumpulkan peminat, ahli komuniti, dan penggemar Suzuki Jimny untuk meraikan pencapaian dan aspirasi negara.

    “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-40,” kata jurucakap Kelab Jimny Brunei.

    “Acara ini bukan sahaja mengenai pemanduan; ia mengenai bersatu sebagai komuniti untuk meraikan kekayaan warisan, budaya yang pelbagai dan masa depan yang cerah. Suzuki Jimny telah menjadi simbol kebolehpercayaan dan pengembaraan bagi rakyat Brunei, dan kami teruja untuk berkongsi perkara ini dengan semua orang.”

    Konvoi yang menjemput lebih daripada 30 buah pemilik kereta Suzuki Jimny juga mempamerkan keupayaan lasak dan serba boleh Suzuki Jimny, menonjolkan kesesuaiannya untuk pemanduan di Brunei.

    Acara Konvoi Pacuan Empat Roda Khas Kebangsaan tersebut disokong oleh Suzuki Brunei yang menggariskan komitmen jenama itu untuk memupuk hubungan bermakna dengan pelanggannya dan masyarakat secara amnya.

    Sesi bergambar ramai bersama pemilik kereta Jimny.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda