KOTA SAMARAHAN, 15 DIS – Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ketiadaan koordinasi yang baik boleh menyebabkan agensi pelaksana Persekutuan memberikan maklumat yang berlainan dengan apa yang diberikan oleh agensi pelaksana peringkat

