Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koperasi ITM serah zakat kepada KHEU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS- Majlis kunjung hormat dan penyerahan zakat perniagaan daripada Koperasi Ikatan Teluk Mewah (ITM) Bhd bagi Tahun Kewangan 2021, 2022 dan 2023 telah diadakan pagi tadi bertempat di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Atas & Bawah: YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menerima kunjungan hormat dari Koperasi ITM Bhd. 

    Zakat tersebut diserahkan oleh Pengerusi ITM iaitu Awang Haji Metussin bin Haji lbrahim kepada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang DiPertua Majlis Ugama lslam Brunei.

    Atas & Bawah: Koperasi ITM Bhd menyerahkan zakat perniagaan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Turut hadir di majlis penyerahan tersebut ialah Haji Hamzah bin Haji Sabtu selaku Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Pengiran Dr Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit selaku Pemangku Pengarah Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal (JUZWB) dan juga ahli-ahli Koperasi ITM Bhd.

    Majlis Ugama Islam Brunei merupakan Badan Ugama Islam yang tertinggi di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan dan agihan wang zakat iaitu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984, menerusi bab-bab 114 hingga 121 dan juga Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda