BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Koperasi Rimbun Berhad (KOPRI) baru-baru ini mengadakan majlis penghargaan dan kenaikan pangkat kepada seorang pengawal keselamatan dan 11 lagi kakitangannya.
Penghargaan diberikan kepada pengawal keselamatan yang berjaya menghalang kejadian curi semasa bertugas di salah satu pos kawalan di bawah jagaan KOPRI manakala kenaikan pangkat adalah bagi prestasi kerja cemerlang dan disiplin tinggi sepanjang mereka berkhidmat. Lencana penghargaan dan kenaikan pangkat disampaikan oleh Setiausaha Agung KOPRI, Awang Saifulldillah bin Haji Othman.
