Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kor Diplomatik anjur majlis perpisahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Perancis telah diperkukuhkan di mana ia telah mencapai pelbagai mercu tanda penting di peringkat rasmi dan peringkat hubungan antara penduduk kedua-dua buah negara.

    Perkembangan positif hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara itu adalah atas usaha berterusan Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christian Ramage untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala berkenaan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Dekan Kor Diplomatik dan Duta Besar Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari dalam ucapannya semasa Majlis Perpisahan bagi Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam, yang akan menamatkan perkhidmatannya serta isteri, Brigitte, hari ini.

    Majlis perpisahan yang dianjurkan oleh Kor Diplomatik berkenaan diadakan secara maya dengan mengambil kira keadaan penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam serta untuk mematuhi prosedur operasi standard yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Dalam ucapannya lagi, TYT Sheikh Ahmed berkata bahawa peningkatan hubungan antara Brunei dan Perancis adalah hasil penglibatan aktif TYT Christian Ramage dalam pelbagai aktiviti dengan matlamat untuk mempromosikan serta menyebarkan budaya dan Bahasa Perancis.

    TYT Sheikh Ahmed (tengah) menyampaikan cenderahati kepada TYT Christian Ramage (kiri) dan isteri, Brigitte (kanan), kelmarin. – Gambar serahan Kor Diplomatik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda