Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Kor Diplomatik anjur majlis perpisahan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kor Diplomatik di negara ini telah menganjurkan Majlis Makan Malam Perpisahan untuk Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel yang akan menamatkan perkhidmatan di negara ini.

    Pada majlis yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, ibu negara kelmarin, PYT Jeanette Stovel menyembahkan ucapan te-rima kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerabat diraja, kerajaan Brunei Darussalam dan diplomat di negara ini atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan di negara ini.

    Sementara itu, Dekan Kor Diplomatik dan Duta Besar Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari, dalam ucapan selamat perpisahan bagi pihak komuniti diplomatik, berkata, “Bagi pihak Kor Diplomatik, saya ingin mengucapkan tahniah kepada PYT Jeanette Stovel kerana mewakili Kanada dengan cemerlang sejak beliau mendapat akreditasi ke Negara Brunei Darussalam pada September 2019.

    “Selain itu, beliau juga telah memberi sumbangan yang besar dalam memastikan hubungan yang terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada terus kekal kukuh dan berkembang lebih jauh,” jelasnya.

    Pada majlis itu, TYT Sheikh Ahmed menyampaikan sejambak bunga bagi pihak Kor Diplomatik kepada PYT Jeanette Stovel.

    PYT Jeanette Stovel telah menyembahkan watikah tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 18 September 2019.

    TYT Sheikh Ahmed menyampaikan sejambak bunga kepada PYT Jeanette Stovel pada majlis perpisahan yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, ibu negara, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...