HANOI, 3 OGOS – Jumlah korban akibat kejadian banjir di kawasan pergunungan utara Vietnam meningkat kepada 10 orang, menurut pihak berkuasa bencana negara itu hari ini.
Hujan lebat yang melanda beberapa hari kebelakangan ini menyebabkan kejadian banjir di wilayah Son La, Phu Tho, Tuyen Quang dan khususnya di Dien Bien, sehingga mengakibatkan beberapa komuniti terputus hubungan.
Kementerian Pertanian Vietnam mengesahkan 10 terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kejadian di dua komuniti di wilayah Dien Bien, iaitu Tia Dinh dan Xa Dung.
Memetik kenyataan pihak berkuasa, hujan turun dengan lebat dari Khamis hingga kelmarin, mencetuskan banjir kilat melanda kawasan terbabit. – AFP


