KABUL, 23 JULAI – Angka kematian daripada banjir kilat semalaman akibat hujan lebat di tengah Afghanistan telah meningkat kepada 26 orang, dengan lebih 40 orang masih hilang, kata pegawai hari ini.
Shafiullah Rahimi, jurucakap Pengurusan Bencana, Kementerian Negeri mengatakan sejumlah 31 orang terbunuh di seluruh negara dalam banjir sejak Jumaat dan kerosakan berleluas telah menjejaskan harta benda serta tanah ladang.

Jurucakap kerajaan, Zabihullah Mujahid pula mengatakan bahawa bantua segera dikejarkan ke zon bencana di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardan.
Rahimi memberitahu satu sidang media bahawa 604 buah rumah sudah pun sepenuhnya atau separa rosak manakala beratus-ratus ekar tanah pertanian serta dusun musnah di Jalrez sejak Jumaat.
Di seluruh negara, dalam masa empat bulan kebelakangan ini, seramai 214 orang terbunuh berkaitan bencana alam, tambah Rahimi.
Meskipun Afghanistan terletak di penghujung barat jejak monsun Asia, banjir kilat sering berlaku semasa musim hujan ketika air hujan melimpahi sungai-sungainya. –AFP

