HANOI, 8 OGOS – Tiga lagi kematian akibat tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat berpanjangan di utara Vietnam telah dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 11 antara 2 hingga 7 Ogos, menurut Jawatankuasa Kebangsaan untuk Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam Vietnam, hari ini.
Mangsa-mangsa baharu ditemui di wilayah Yen Bai, Lao Cai dan Ha Giang pada 6 dan 7 Ogos, kata jawatankuasa itu, sambil menambah dua lagi kecederaan dilaporkan di wilayah Lao Cai dan Cao Bang, menjadikan jumlah mangsa yang cedera kepada lima orang. – Xinhua


