Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban COVID-19 lepasi 100,000 di AS

    WASHINGTON, 28 MEI – Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika kes di Amerika Selatan membimbangkan dan mengatasi kes jangkitan harian AS dan Eropah.

    Ketika ini, jumlah kes seluruh dunia menghampiri 5.7 juta dengan lebih 354,000 angka kematian.

    Berdasarkan data Johns Hopkins University, hampir 1.7 juta rakyat Amerika dijangkiti penyakit itu.

    Di Brazil, angka kematian sudah melepasi 25,000 semalam dengan kes jangkitan melonjak kepada 411,000 dan berita buruk juga berlaku di negara Amerika Selatan lain.

    Peru mencatatkan 6,154 kes baharu dalam tempoh 24 jam sahaja.

    Ketika Amerika Selatan dan beberapa kawasan Afrika dan Asia berusaha menangani wabak yang semakin memburuk, Eropah mengambil langkah sementara untuk membuka kembali ekonominya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda