Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban di Iran cecah 60,000

    TEHRAN, 28 JAN – Jumlah kematian akibat COVID-19 di Iran kini telah mencecah angka 60,000.

    Jumlah berkenaan dicatatkan selepas beberapa pemimpin Iran termasuk Presiden Hassan Rouhani memberi amaran mengenai ‘gelombang keempat’ yang telah menyaksikan peningkatan kes di lokasi tertentu.

    “Menyedihkan apabila dalam tempoh 24 jam, 93 individu meninggal dunia dan angka kematian akibat pandemik ini mencecah 60,073 orang,” kata jurucakap kementerian kesihatan, Sima Sadat Lari dalam siaran televisyen. Berdasarkan angka dikeluarkan kementerian, Iran mencatatkan 1,631,169 kes jangkitan namun, beberapa pegawai termasuk Menteri Kesihatan, Saeed Namaki pernah mengakui bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi dari yang diumumkan.

    Jurucakap jawatankuasa COVID-19, Alireza Raisi berkata, Iran bimbang dengan varian dari Britain yang dipercayai sudah wujud dalam komuniti di negara berkenaan.

    “Kami telah mengenalpasti 112 individu dijangkiti varian dari Britain, di mana lapan daripada mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

    Katanya, pihaknya sedar bahawa varian berkenaan boleh dikesan di beberapa wilayah termasuk ibu negara, Tehran dengan pusat tumpuan wabak di Khuzestan. Angka jangkitan harian mencecah 8,000 beberapa hari kebelakangan ini, namun ia masih kecil berbanding rekod pernah dicatatkan 27 November tahun lalu iaitu 14,051 kes.

    Bagaimanapun, angka kematian mencatatkan penurunan dengan angka di bawah 100 sejak Januari. Tehran sudah memulakan kempen vaksinasi pada 9 Februari lalu menggunakan vaksin keluaran Rusia, Sputnik V. – AFP

    Petugas kesihatan ketika memeriksa suhu seorang pelawat sebelum memasuki sebuah premis di Tehran. Jumlah kematian akibat COVID-19 di Iran mencecah angka 60,000. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda