Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Korban feri karam meningkat kepada 19, pencarian dihentikan

    JAKARTA, 6 JUN – Angka korban kejadian feri karam di perairan Indonesia telah meningkat kepada 19 hari ini, selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat dihentikan, menurut pihak berkuasa.

    Feri KM Ladang Pertiwi kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk ketika belayar melalui Selat Makassar di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada 26 Mei lalu.

    Berita-berita mengenai kejadian itu hanya sampai kepada pegawai-pegawai dua hari kemudian, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan nelayan-nelayan setempat dan kapal-kapal tunda yang melalui selat tersebut.

    Pihak berkuasa menyelamatkan 31 penumpang dan kru, menemui empat mayat dan mengisytiharkan 15 orang hilang sebelum usaha mencari dihentikan. Mereka yang hilang kini dianggap telah meninggal dunia.

    “Kami menghentikan pencarian kerana tiada tanda-tanda terdapat lebih banyak mangsa yang boleh ditemui,” ketua pencarian dan penyelamatan tempatan Djunaidi memberitahu AFP.

    Kapten kapal itu yang terselamat telah dinamakan minggu lalu sebagai suspek kerana mengangkut penumpang tanpa permit yang diperlukan dan pemilik kapal pula dinamakan sebagai suspek kerana mengambil kru tanpa kelayakan wajar, media tempatan melaporkan.

    Djunaidi berkata, nelayan-nelayan setempat yang kerap berada di kawasan itu diminta memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka menemui mayat.

    Beliau berkata, operasi pencarian boleh dibuka semula jika terdapat tanda-tanda mangsa selamat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...