Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban gelombang haba Korea Selatan meningkat kepada 14

    SEOUL, 6 OGOS – Jumlah kematian akibat gelombang haba di Korea Selatan meningkat kepada 14 setakat tahun ini, dengan hampir 1,700 orang dirawat kerana penyakit berkaitan haba, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini.
     
    Dua wanita berusia 70an meninggal dunia pada Ahad akibat panas melampau, manakala seorang lelaki berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia Ahad selepas rebah di ladang dua hari sebelumnya, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.
     
    Tiga kematian itu membawa angka kematian berkaitan haba kepada 14 antara 20 Mei dan 4 Ogos di tengah-tengah cuaca panas terik berterusan di seluruh negara.
     
    Jumlah pesakit yang dirawat untuk penyakit berkaitan haba dalam tempoh itu meningkat kepada 1,690, lebih tinggi daripada 1,646 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
     
    Gelombang haba semasa turut membunuh 303,000 ekor ternakan, termasuk 277,000 ayam, selain 13,000 ikan ternakan, dari 11 Jun hingga 5 Ogos. – Xinhua
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda