Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban gempa bumi di utara Afghanistan meningkat 24

    KABUL, 4 NOV – Kira-kira seramai 24 orang terbunuh, manakala lebih 630 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di utara Afghanistan kelmarin, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan.

    Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter itu berpusat di kawasan Khulm pada kedalaman 28 kilometer.

    Antara wilayah yang terjejas ialah Balkh, Samangan, Kunduz, Sar-e-Pul dan Jawzjan.

    Kerajaan Afghanistan melancarkan operasi mencari dan menyelamat, dengan pasukan penyelamat membersihkan dan membuka semula beberapa laluan utama serta menyelamatkan penduduk yang terperangkap.

    Pegawai di wilayah Badakhshan memaklumkan kira-kira 800 rumah mengalami kerosakan akibat bencana alam itu.

    Selain itu, Masjid Biru yang terkenal di Mazar-i-Sharif turut mengalami kerosakan. Masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-12 itu merupakan mercu tanda penting keagamaan dan kebudayaan di utara Afghanistan. – Bernama

    Penduduk tempatan berjalan di antara runtuhan sebuah rumah yang musnah selepas gempa bumi di kawasan luar bandar Daerah Khulm, Wilayah Samangan, Afghanistan pada 3 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda