MANILA, 2 NOV – Jumlah kematian akibat Taufan Goni, yang melanda selatan pulau Luzon, di Filipina meningkat kepada 16 orang, lapor agensi berita Xinhua.
Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Bicol, wilayah paling teruk dilanda taufan di selatan pulau Luzon, pada Isnin dalam satu laporan berkata jumlah kematian meningkat kepada 16 orang, manakala tiga lagi masih hilang.
Goni “Taufan Ganas” ketika pertama kali mendarat pada Subuh Ahad, dengan angin kencang maksimum 225 kilometer sejam dan kekuatan angin sehingga 310 kilometer sejam. – Bernama