Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban jejambat runtuh di Bangkok meningkat

    BANGKOK, 11 JULAI – Individu kedua disahkan terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam runtuhan jejambat yang sedang dalam pembinaan di Bangkok, kata pegawai-pegawai Thailand hari ini.

    Runtuhan kerja-kerja sokongan sistem rasuk di atas jambatan yang dinaikkan lewat malam tadi memerangkap beberapa buah kenderaan yang melalui jalan raya yang sibuk di daerah Lat Krabang, berhampiran lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi.

    Video yang dikeluarkan kelmarin oleh Jabatan Pencegahan Bencana menunjukkan struktur itu runtuh secara tiba-tiba, mencetuskan awan debu, manakala video kemudian menunjukkan kemusnahan yang ditinggalkan selepas kejadian itu.

    Wisanu Subsompon, timbalan gabenor Bangkok, memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa kerosakan mungkin disebabkan oleh kren yang tidak seimbang.

    “Kerja-kerja akan digantung sehingga mereka mempunyai pelan keselamatan,” katanya.

    Kerja-kerja jalan itu adalah sebahagian daripada projek membina lebuh raya bertingkat dalam usaha untuk mengurangkan lalu lintas yang terkenal sesak di bandar berkenaan.

    Piawaian keselamatan pembinaan adalah longgar di Thailand, di mana kemalangan merupakan perkara biasa. – AFP

    Seorang pekerja penyelamat memeriksa tempat kejadian selepas galang pembinaan di tol bertingkat runtuh di daerah Lat Krabang, Bangkok pada 10 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda