Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Korban kapal perang karam Thai meningkat 21 orang

    BANGKOK, 27 DIS – Dua lagi mayat ditemukan dalam tragedi kapal perang Thailand karam ketika ribut di Teluk Thailand pada 18 Disember.

    Setakat 11:30 pagi (waktu tempatan) pada Selasa, Tentera Laut Thailand telah menemukan 21 mayat kelasi yang hilang.

    Jurucakap Tentera Laut Pogkrong Montradpalin berkata operasi mencari lapan lagi kelasi yang hilang masih diteruskan.

    “Pagi ini kami menemukan dua mayat lagi. Proses bedah siasat dan pengecaman akan mengambil masa kira-kira tiga atau empat hari,” katanya.

    Pada 18 Disember, kapal HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin sebelum karam di 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan kira-kira 11:30 malam (waktu tempatan)..

    Sementara itu, Tentera Laut berikrar untuk menjalankan siasatan terperinci dan memberikan penjelasan penuh mengenai tragedi itu tidak lama lagi. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...

    Thailand lapor lonjakan kes influenza dengan 100 kematian

    BANGKOK, 20 NOV - Thailand melaporkan lonjakan ketara kes...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Suspek penggodam Rusia ditahan di Pulau Phuket, Thailand

    BANGKOK, 20 NOV - Polis Thailand menahan seorang suspek...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...