Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban kebakaran hotel-kasino meningkat 26 orang

    PHNOM PENH, 30 DIS – Angka korban akibat kebakaran membabitkan sebuah hotel-kasino wilayah di Banteay Meanchey, Kemboja, meningkat kepada 26 orang setakat ini, lapor Xinhua.

    “Pagi ini (Jumaat), pasukan penyelamat menemukan tujuh lagi mayat dalam bilik hotel yang hangus, menjadikan angka korban kepada 26 orang setakat ini,” kata pengarah jabatan maklumat wilayah Banteay Meanchey, Sek Sokhom.

    Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa, dan menggesa pihak berkuasa dan pemilik bangunan memperkukuh keselamatan dan tindak balas kebakaran.

    Sementara itu, 73 yang lain dilaporkan cedera dalam kebakaran yang tercetus di Hotel dan Kasino Grand Diamond City di Poipet pada lewat malam Rabu.

    “Api berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun operasi mencari mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu masih diteruskan,” katanya.

    Hun Sen turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana menghantar anggota respons kecemasannya bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat.

    Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama

    Ambulans Thai kelihatan melepasi bangunan yang musnah dalam kebakaran hotel-kasino di bandar sempadan Poipet, barat Phnom Penh, Kemboja, 30 Disember. Angka kematian bencana itu meningkat kepada 26 orang dan jumlah mungkin bertambah, kata Kemboja. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda