Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban keganasan kartel Sinaloa meningkat

    CULIACAN, 22 SEPT – Sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan di negeri Sinaloa, barat laut Mexico, kelmarin, berikutan pertempuran yang berterusan antara seteru puak kartel dan pihak berkuasa.

    Laporan tersebut adalah ekoran penahanan salah seorang pengasas Kartel Sinaloa, Ismael ‘El Mayo’ Zambada, di Amerika Syarikat pada penghujung Julai, yang dipercayai mencetuskan rebutan kuasa dalaman kumpulan tersebut.

    Sejak 9 September, kira-kira 70 individu telah terkorban, kebanyakannya di ibu kota Culiacan, menurut sumber rasmi dan laporan media tempatan.

    Tiga insiden berasingan turut dilaporkan berlaku di kawasan Tres Rios, Culiacan, kelmarin.

    Dalam insiden pertama, pertempuran berlaku antara pihak berkuasa dengan sekumpulan penjenayah bersenjata, yang menyekat jalan menggunakan kenderaan dan motosikal berhampiran pejabat pendakwa raya.

    Dalam kejadian lain, anggota keselamatan diserang oleh kumpulan bersenjata yang melarikan diri ke sebuah bangunan pangsapuri, mengakibatkan tiga penjenayah terbunuh, seorang ditahan, manakala dua anggota tentera cedera, menurut Gabenor Sinaloa, Ruben Rocha Moya, di platform X. – AFP

    Penyiasat forensik mengeluarkan mayat dari jalan di La Costerita, Culiacan, negeri Sinaloa, Mexico, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda