Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban letupan kilang kimia meningkat kepada 35

    BENGALURU, 1 JULAI – Angka kematian akibat letupan kuat di sebuah kilang kimia India meningkat kepada 35, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk hari kedua hari ini, kata pegawai.

    Letupan di Sangareddy di negeri Telangana selatan India kelmarin meranapkan sebahagian bangunan itu.

    Ketua Menteri Negeri, Revanth Reddy melawat tapak tersebut hari ini, dengan video yang dikeluarkan oleh pejabatnya menunjukkan timbunan logam berpintal dalam runtuhan kilang itu.

    Pejabat Reddy berkata sebuah jawatankuasa sedang menyiasat punca letupan itu, tetapi seorang pegawai kerajaan, yang enggan namanya didedahkan berkata kira-kira 35 orang telah terbunuh.

    “Usaha mencari di tapak masih diteruskan,” tambah pegawai itu.

    Bencana perindustrian adalah perkara biasa di India, dengan pakar menyalahkan perancangan yang lemah dan penguatkuasaan peraturan keselamatan yang longgar.

    “Insiden itu malangnya mengakibatkan kehilangan nyawa manusia,” kata pemilik kilang Sigachi Industries, dalam satu kenyataan. Syarikat itu membekal kepada industri farmaseutikal, makanan, kosmetik dan kimia. – AFP

    Anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kilang farmaseutikal di kawasan perindustrian di Sangareddy, India pada 30 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda