Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban letupan masjid Kabul meningkat 30 orang

    KABUL, 18 OGOS – Angka kematian akibat letupan yang melanda sebuah masjid di Kabul ketika solat Maghrib kelmarin meningkat kepada 30 orang manakala lebih 40 cedera, lapor Sputnik, memetik sumber.

    Mangsa yang terkorban termasuk ulama terkenal Amir Mohammad Kabali.

    Tiada kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini. Taliban mendakwa mereka mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan tetapi kumpulan pengganas Daesh terus melakukan serangan ke atas orang awam dan polis di seluruh negara.

    Dua minggu lalu, dua letupan di Kabul telah meragut nyawa 10 orang, dan mencederakan 40 yang lain. Daesh mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda