Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban pangsapuri runtuh meningkat 11 orang 

    WASHINGTON, 29 JUN – Angka korban dalam insiden bangunan kondominium runtuh di Surfside, Florida, meningkat kepada 11 orang, kata Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava pada Isnin.

    Cava berkata jumlah orang yang sudah dikenal pasti seramai 136 orang dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan 150 lagi yang masih hilang.

    “Jumlah mangsa mungkin akan berubah.

    Kami masih kemas kini senarai mangsa dan menerima lebih banyak panggilan serta maklumat daripada ahli keluarga,” katanya pada sidang media lapor Xinhua.

    Beliau berikrar akan menyiasat dengan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar sebahagian bangunan kediaman Champlain Towers South itu runtuh. – Bernama

    Leo Souto meletak bunga kepada tempat peringatan yang didirikan untuk mereka yang terbunuh dalam runtuhan pangsapuri di Surfside, Florida pada 28 Jun 2021.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda