YANGON, 16 OGOS – Angka kematian akibat tanah runtuh di lombong jed yang tidak dikawal di kawasan terpencil Myanmar mencecah sekurang-kurangnya 31, dengan lapan orang masih hilang, kata penyelamat hari ini.
Bencana itu berlaku pada Ahad di luar perbandaran Hpakant di utara Kachin, selepas hujan lebat dan banjir melanda wilayah itu pada hujung minggu.
“Kami menemui enam lagi mayat pagi ini,” kata seorang pekerja penyelamat kepada AFP, yang enggan dikenali.
Mereka menambah bahawa lapan orang masih tidak dapat dikesan, dengan pencarian diteruskan. – AFP