Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korban tanah runtuh meningkat 20 orang

    JAKARTA, 16 APRIL – Pasukan mencari dan menyelamat menemukan dua lagi mayat di Tana Toraja, Sulawesi Selatan menjadikan jumlah keseluruhan korban tanah runtuh di wilayah itu kepada 20, menurut Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) hari ini, lapor Xinhua.

    Hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kawasan yang tanahnya tidak stabil di Kampung Lembang Randan Batu dan Manggau pada Sabtu, pukul 10:30 malam waktu tempatan, menyebabkan beberapa orang cedera dan empat rumah tertimbus.

    Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.

    Kesemua mangsa yang hilang telah ditemukan dengan penemuan dua mayat itu. Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan tetapi pasukan itu masih berada di sana sekiranya ada lagi laporan orang hilang diterima daripada penduduk tempatan. – Bernama

    Pasukan penyelamat mencari mangsa di kawasan yang dilanda tanah runtuh di daerah Tana Toraja, Indonesia pada 15 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...