Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban Taufan Helene lepasi 210 orang

    ASHEVILLE, 4 OKT – Lebih 210 orang kini disahkan maut selepas Taufan Helene mencetuskan kemusnahan besar di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), kata pegawai kelmarin, menjadikannya ribut kedua paling teruk yang melanda tanah besar AS dalam tempoh lebih setengah abad.

    Presiden AS, Joe Biden mengadakan lawatan dua hari berturut-turut ke tenggara negara itu untuk berkabung bersama penduduk di wilayah yang trauma akibat bencana yang telah meragut nyawa jutaan orang.

    Ribut tersebut telah membanjiri bandar dan pekan, menyebabkan banyak jalan tidak dapat dilalui, memutuskan bekalan elektrik dan perkhidmatan air serta meninggalkan masyarakat dalam keadaan terkejut ketika mereka bergelut menghadapi permulaan usaha pemulihan yang dijangka mengambil masa selama bertahun-tahun.

    Satu kompilasi angka rasmi oleh AFP mengesahkan 212 kematian di seluruh Carolina Utara dan Selatan, Georgia, Florida, Tennessee dan Virginia.

    Lebih separuh daripada kematian berlaku di Carolina Utara yang dilanda banjir teruk dan mengalami bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai pasca malapetaka dahsyat.

    “Saya melihat awda, saya mendengar awda, saya bersedih dengan awda dan saya berjanji kami akan sentiasa menyokong awda,” kata Biden semasa singgah di ladang kacang pekan yang rosak di Ray City, Georgia.

    Helene ialah taufan paling kuat yang melanda tanah besar AS sejak Katrina pada 2005, yang mengorbankan 1,392 orang.

    Walaupun ratusan usaha menyelamat di enam negeri dan respons besar termasuk ribuan kakitangan persekutuan dan ribuan lagi anggota Pengawal Kebangsaan dan tentera aktif membantu responden tempatan, angka kematian dijangka meningkat. – AFP

    Joe Biden mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas oleh Taufan Helene di Pantai Keaton, Florida pada 3 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda