Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban Taufan Helene meningkat kepada 93

    MOSCOW, 30 SEPT – Taufan Helene meragut sekurang-kurangnya 93 nyawa di tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik CNN hari ini.

    Pada pagi kelmarin, jumlah kematian sebanyak 65 orang.

    Kematian direkodkan di Carolina Selatan, Georgia, Florida, Carolina Utara, Virginia dan Tennessee. Sehingga petang Ahad, hampir 2.1 juta pelanggan masih mengalami gangguan bekalan elektrik di negeri berkenaan, menurut laman web PowerOutage.us.

    Beratus-ratus orang masih hilang atau tidak ditemukan kerana masalah rangkaian komunikasi, tambah penyiar itu.

    Taufan itu tiba di Amerika Syarikat lewat Khamis dan menjadi ribut tropika pada Jumaat.

    Lewat Sabtu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS berkata ia mengerahkan lebih 3,200 pekerja untuk menyertai operasi menyelamat dan mengurangkan kesan bencana. – Bernama

    Hujan lebat akibat taufan Helen menyebabkan banjir dan kerosakan di Asheville, North Carolina pada 28 September lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda