Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban virus India lepasi 1,000

    NEW DELHI, 29 APRIL – India mengesahkan jumlah kematian akibat koronavirus mencecah 1,000 hari ini disusuli dengan peningkatan jangkitan harian tertingginya, namun bilangan itu kekal rendah berbanding Eropah dan AS dalam fenomena yang membingungkan pakar-pakar.

    Dengan sistem penjagaan kesihatannya yang lapuk, terdapat kebimbangan yang India mungkin terjejas teruk oleh pandemik itu yang telah membunuh lebih 214,000 orang di seluruh dunia.

    Jumlah kematian harian di India hanya 73 setakat ini, mencetuskan amaran yang negara besar di Asia Selatan itu belum lagi menunjukkan jumlah sebenar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda