NEW DELHI, 31 Mei – Jumlah kematian dalam wabak virus Nipah di India telah meningkat kepada 16 orang, dengan kematian dua orang lagi di selatan negeri Kerala, kata pegawai hari ini.
“Seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang belia berusia 28 tahun meninggal dunia pada malam semalam di Hospital Kolej Perubatan Kozhikode di Daerah Kozhikode, pusat wabak virus Nipah,” kata seorang pegawai kanan kesihatan.
Selain daripada 16 kematian di Daerah Kozhikode dan Mallapuram di Kerala, lebih 9o orang telahpun dikuarantin di rumah masing-masing, sementara 17 yang lain menerima rawatan di hospital.
“Semua langkah untuk mencegah virus itu daripada merebak telahpun diambil,” kata Menteri Kesihatan K.K. Shailaja.

Kementerian Kesihatan India baru-baru ini mendakwa virus tersebut telah dikawal.
“Ia adalah jangkitan setempat dan kami berjaya mengawalnya,” kata Setiausaha Kesihatan India Preeti Sudan.
Pegawai kesihatan telah mengenal-pasti perigi yang dipenuhi dengan kelawar di rumah Daerah Kozhikode sebagai pusat wabak virus Nipah di negara ini.
Ia adalah wabak ketiga virus Nipah di India. Dua wabak virus lain dilaporkan pada 2001 dan 2007 masing-masing, di timur negeri Bengal Barat yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh, meragut 50 nyawa. – Xinhua