PARMA, 30 MEI – Pada malam sebelum Terbuka Perancis, pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sebastian Korda mencatatkan kejayaan dalam karier selepas mengalahkan pemain Itali, Marco Cecchinato, 6-2, 6-4 di Parma untuk meraih gelaran pertama.
Korda, anak kepada bekas pemain nombor dua dunia dan pemenang Terbuka Australia Petr Korda, mara hanya sekali di final Jelajah ATP sebelum acara di Parma.
Cecchinato, yang memenangi kesemua tiga kejuaraannya di gelanggang tanah liat, tiba dari Brescia, 90 kilometer dari Parma.
Peminat mula dibenarkan memasuki acara buat kali pertama untuk memberi sokongan terhadap pemain tempatan.
“Mereka bermain menentang lawan yang sangat sukar,” kata Korda. “Mereka kekal bersorak untuk saya, tetapi saya sangat berbangga dengan diri saya dan bagaimana saya menguruskan diri sendiri.”
Meskipun ayahnya merupakan rakyat Czech, Sebastian Korda lahir di Florida, memilih untuk mewakili Amerika Syarikat.
Kemenangan dicatat kelmarin membuatkan dia menjadi pemain AS pertama untuk memenangi kejohanan di gelanggang tanah liat sejak Sam Querry di Belgrade 11 tahun lalu.
“Ini sesuatu yang saya impikan,” kata Korda, menambah dia menjangkakan akan memenangi kejuaraan tidak lama lagi. Dia menamatkan kejohanan di tempat kedua di Florida pada Januari.
“Saya benar-benar merasakan saya akan berjaya melakukannya di Delray Beach dan saya terasa sedikit kecewa.
“Tetapi saya kekal positif, malahan dengan bahagian pertama yang teruk musim gelanggang tanah liat,” katanya. “Saya mengambil rehat cuti selama dua hari, memulihkan tenaga dan berlatih dengan baik di Prague bersama ayah dan jurulatih saya,” kata Korda.
Korda bermain menentang Pedro Martinez di pusingan pertama Roland Garros di mana ayahnya mara ke final pada 1992 sebelum tewas kepada Jim Courier.
Dia mara ke pusingan 16 terakhir tahun lalu semasa penampilan sulung di Paris sebelum ditundukkan Rafael Nadal. – AFP