TAIPEI, 3 NOV – Pemain Amerika Syarikat, Nelly Korda merekodkan kemenangan berganda pada Kejohanan LPGA Taiwan dalam playoff dengan menewaskan dua pemain hari ini untuk mencatatkan kemenangan keduanya untuk tahun ini.
Korda, 21, berjaya mengekalkan gelarannya dalam playoff selepas menewaskan pemain dari Australia, Minjee Lee dan pemain dari Jerman, Caroline Masson apabila keputusan berakhir dengan agregat 270, 18 bawah par.
Korda telah melakukan tiga pukulan dengan mendahului Lee, yang merupakan pemenang kedua tahun lalu, selepas pusingan ketiga tetapi terpaksa bergelut pada hari terakhir dengan mencatatkan lima birdie dan lima bogey dalam playoff. – AFP