MIAMI, 1 MAC – Nelly Korda bermain dengan cemerlang di pusingan terakhir untuk merangkul kejuaraan melalui tiga pukulan di kejohanan LPGA Gainbridge di Florida, kelmarin.
Korda – kakak kepada Jessica memenangi jelajah sebelum ini, Kejohanan Juara-Juara pembukaan musim pada Januari – membuat pukulan tiga bawah par 69 untuk menamatkan bawah 16.
Pemain berusia 22 tahun, ayahnya juga merupakan bekas pemain tenis Republik Czech, Petr Korda, memulakan satu pukulan di hadapan pada Sabtu, dengan empat bawah par 68.
Dia memulakan perlawanan di pusingan ketiga Kejohanan di Orlando’s Lake Nona Golf and Country Club. Tiga pukulan birdie dalam enam lubang pembukaan memberikan dia kelebihan untuk berada di puncak kedudukan, dengan lima pukulan di hadapan di satu peringkat.
Dia kemudian melakukan pukulan 12 par berturut-turut untuk kekal menguasai dan merapatkan kemenangan Jelajah LPGA dalam kariernya bersama ibu bapa dan adiknya, Jessica, yang berlari untuk meraikan kemenangan di lubang ke-18.

“Sejujurnya, saya tidak bermain dengan baik hari ini,” Korda berkata selepas merangkul kemenangan pertama di Amerika Syarikat.
“Saya memulakan perlawanan dengan baik. Sejujurnya saya tidak mengetahui bagaimana. Ia sememangnya sangat memberi tekanan.
“Menang di hadapan ibu bapa adalah yang pertama, sangat indah.”
Lexi Thompson merapati jarak tiga daripada tiga pukulan eagle par lima, lubang ke-11, tetapi pukulan bogey berikutnya melenyapkan peluang untuk mengejar pendahulu.
Thompson menamatkan kejohanan dengan empat bawah par 68.
Bekas pemain nombor satu dari New Zealand, Ko melonjak di kedudukan carta pada permulaan sembilan lubang dengan empat pukulan birdie berturut-turut bermula di lubang ke-12, akhirnya mencatatkan tiga bawah par 69.- AFP