MOSCOW, 17 MAC – Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan latihan amfibia Ssangyong dari 20 Mac hingga 3 April, selepas latihan di lapangan itu terhenti selama lima tahun, menurut Sputnik yang memetik kenyataan pegawai tentera seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap.
Latihan Ssangyong akan berlangsung 272 kilometer ke tenggara Seoul. Pihak bersekutu akan menggerakkan pasukan pendaratan amfibia, 30 kapal termasuk kapal serangan amfibia, 70 pesawat dan helikopter serang AH-64 Apache, serta 50 kenderaan serangan amfibia, lapor agensi berita itu. – Bernama
