Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea periksa semua pesawat Boeing 737-800 berikutan insiden terhempas

    SEOUL, 30 DIS – Kementerian pengangkutan Korea Selatan berkata hari ini bahawa ia akan memeriksa semua pesawat Boeing 737-800 di negara berkenaan selepas jet penumpang Jeju Air terhempas kelmarin.

    Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan merancang untuk menjalankan pemeriksaan khas semua B737-800, yang kebanyakannya dikendalikan oleh syarikat penerbangan domestik tambang rendah, dengan Jeju Air meletakkan jumlah tertinggi sebanyak 39 buah pesawat B737-800 dalam penerbangan.

    Ia diikuti oleh 27 untuk T’way Air, 19 untuk Jin Air, 10 untuk Eastar Jet, 4 untuk Air Incheon dan 2 untuk Korean Air.

    Pesawat B737-800 Jeju Air terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km barat daya Seoul, sebagaimana dilaporkan kelmarin.

    Disebabkan kegagalan gear pendaratan (anggaran), kapal terbang berkenaan telah mendarat tanpa roda, terbabas dari landasan dan merempuh dinding luar landasan dengan fiuslajnya pecah dan terbakar. – Xinhua

    Anggota bomba dan pasukan pemulihan sedang bekerja di tempat kejadian pesawat siri Boeing 737-800 Jeju Air yang terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Muan, kelmarin. Negara berkenaan periksa semua pesawat berkaitan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda