Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S akan uji sampel kumbahan untuk COVID-19

    SEOUL, 5 APRIL — Korea Selatan bulan ini akan memulakan ujian mingguan kumbahan yang dihasilkan oleh bandar dan pekan utamanya untuk mengesan penyebaran COVID-19 dan mengenal pasti gelombang masa depan.

    Pegawai di Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini berkata bahawa pengawasan air kumbahan berpotensi menyediakan alat yang lebih murah dan lebih mampan dalam tindak balas wabak negara. Mereka berkata ia juga boleh meningkatkan pengesanan wabak lain seperti influenza, norovirus atau bakteria tahan ubat.

    Menurut rancangan itu, pekerja kesihatan akan menjalankan ujian ke atas sampel kumbahan yang dikumpul dari 64 kemudahan air kumbahan di seluruh negara sekurang-kurangnya seminggu sekali dan mengeluarkan analisis keputusan ujian itu secara berkala di laman webnya.

    KDCA berkata percubaan baru-baru ini dijalankan dengan bandar dan kerajaan wilayah menunjukkan bahawa paras patogen yang ditemui dalam sampel kumbahan sebahagian besarnya sejajar dengan trend jangkitan di kawasan tersebut, mengesahkan nilai ujian air yang dikeluarkan daripada paip, tandas dan tab mandi.

    Ujian serupa juga telah diterima pakai di Amerika Syarikat.

    Korea Selatan telah mengekalkan tindak balas COVID-19 yang ketat berdasarkan ujian agresif, pengesanan kontak rapat dan kuarantin semasa penyebaran awal wabak itu, namun telah meredakan kebanyakan kawalan virusnya sejak tahun lepas kerana lonjakan varian omicron menjadikan strategi pembendungan tersebut tidak relevan. – AP

    Gambar fail bertarikh 10 Februari menunjukkan seorang wanita berjalan di luar pusat ujian COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda