Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S bantu tiga negara Asia

    SEJONG, 26 OKT – Kementerian Kewangan Korea Selatan hari ini meluluskan bantuan kesihatan sebanyak AS$200 juta untuk disalurkan kepada tiga negara Asia bagi membantu usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan, lapor agensi berita Yonhap.

    Kelulusan itu sebahagian rancangan Korea Selatan untuk memberikan pinjaman dan geran lebih AS$400 juta kepada negara-negara membangun, tahun ini.

    Tiga negara itu ialah Filipina, Kemboja dan Bangladesh.

    Dana itu diharap dapat membantu negara berkenaan melawan virus dan memperluas kemudahan pencegahan, kata kementerian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda