Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S batal sekatan minggu depan

    SEOUL, KOREA SELATAN, 1 APRIL – Korea Selatan akan melonggarkan beberapa sekatan pandemik COVID bermula minggu depan ketika pegawai meluahkan harapan wabak terburuk Omicron telah berakhir di negara itu.

    Had ke atas perhimpunan persendirian akan ditambah daripada lapan kepada 10 orang mulai Isnin, sementara restoran, bar dan ruang tertutup lain boleh dibuka sehingga tengah malam, kata Perdana Menteri Kim Boo-kyum hari ini.

    Pegawai berkata kebanyakan sekatan penjarakan sosial mungkin dibatalkan, kecuali mandat pemakaian pelitup muka dalam bangunan, sekiranya wabak berkurangan seterusnya dan respons perubatan kekal stabil dalam tempoh dua minggu akan datang.– AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda