SEOUL, 6 APRIL – Kerajaan Korea Selatan hari ini memutuskan untuk memberikan status pemastautin jangka panjang kepada tiga warga Indonesia yang membantu memindahkan warga emas semasa kebakaran hutan baru-baru ini di wilayah tenggara negara itu, lapor agensi berita Yonhap.
Kementerian Kehakiman sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menge-luarkan visa F-2 kepada seorang kelasi Indonesia yang dikenali sebagai Sugianto kerana membantu menyelamatkan kira-kira 60 warga emas daripada kebakaran hutan di Daerah Uiseong, Wilayah Gyeongsang Utara.
“(Kerajaan) telah memutuskan untuk memberikan status pemastautin untuk sumbangan khas kepada tiga warga Indonesia yang membantu memindahkan warga emas daripada kawasan kebakaran hutan,” kata Timbalan Ketua Pusat Kawalan Bencana, Lee Han-kyung. – Bernama
