SEOUL, 20 OGOS – Ribut tropika Jongdari bergerak menuju pantai Korea Selatan hari ini, mendorong pegawai-pegawai menutup jalan dan taman ketika negara itu bersiap sedia menghadapi angin kencang dan hujan.
Setakat 6:30 petang, Jongdari berada 100 kilometer ke barat pulau selatan Jeju dan menuju ke utara dengan kelajuan 33kmsj sementara membawa angin pada 65kmsj. Ia diramalkan menjadi lemah pada tengah malam, beberapa jam sebelum mendarat berhampiran bandar barat Seosan.
Ribut itu tidak dijangka membawa angin yang membinasakan ketika melalui kawasan metropolitan Seoul yang padat dengan penduduk esok.
Pegawai-pegawai kerajaan masih menggesa orang ramai berwaspada, menekankan keselamatan objek dan kapal serta memantau kawasan berisiko tinggi, termasuk laluan bawah tanah dan kediaman-kediaman bawah tanah. – AP


