Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S buat ujian kesihatan mental ke atas pelajar

    SEOUL, 3 JAN – Kementerian Pendidikan Korea Selatan menyediakan ujian kesihatan mental di semua sekolah rendah, menengah dan tinggi mulai Mac bagi mengesan pelajar yang berisiko membunuh diri, lapor agensi berita Yonhap.

    Kementerian itu berkata ‘mind EASY test’ akan dijalankan dalam talian supaya ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa, merangkumi 37 soalan untuk dijawab oleh responden mengenai emosi, kebimbangan, hubungan peribadi, trauma psikologi atau kehidupan harian mereka di sekolah.

    Kementerian itu berkata guru diminta menggalakkan pelajar yang dikesan tidak stabil daripada segi emosi untuk mengambil ujian itu.

    Jika keputusan menunjukkan pelajar memerlukan penjagaan, guru boleh meminta pelajar atau ibu bapa mereka menjalani kaunseling atau rawatan.

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Kebangsaan dan Pusat Perubatan Kecemasan Kebangsaan Korea Selatan, bilangan orang yang cuba membunuh diri atau telah menyebabkan kecederaan ke atas diri sendiri, meningkat kepada 50 hingga 70 peratus dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakannya terdiri
    daripada kalangan remaja dan mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda