Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S catat kematian pertama akibat batuk kokol libatkan anak damit

    SEOUL, 12 NOV – Korea Selatan melaporkan kematian pertama akibat batuk kokol yang melibatkan seorang anak damit, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), hari ini.

    Menurut KDCA, anak damit berusia kurang daripada dua bulan itu disahkan positif batuk kokol, sejenis penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit, pada akhir Oktober lalu dan meninggal dunia minggu lepas setelah mengalami gejala yang semakin serius.

    Kematian itumerupakan kes pertama yang dilaporkan sejak KDCA mula merekodkan data berkaitan penyakit itu pada 2011.

    Batuk kokol, atau pertusis, lazimnya menjejaskan kanak-kanak dan menyebabkan batuk yang teruk serta kesukaran bernafas.

    Setakat minggu pertama November, jumlah kumulatif kes batuk kokol meningkat secara mendadak kepada 30,332 kes, berbanding hanya 292 kes yang direkodkan sepanjang tahun 2023.

    Sehubungan itu, KDCA menggesa ibu mengandung, ahli keluarga, penjaga dan petugas kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi sebagai langkah perlindungan bagi mencegah penularan penyakit ini kepada bayi dan kanak-kanak. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda