Korea S catat rekod kematian baharu

SEOUL, KOREA SELATAN, 23 DIS – Korea Selatan mencatatkan rekod baharu bagi kematian COVID-19 hari ini ketika para pegawai memberi amaran varian mudah berjangkit Omicron tidak lama lagi akan menjadi strain dominan.

Beberapa minggu baru-baru ini, Korea Selatan bergelut dengan jangkitan dan kematian meningkat selepas ia melonggarkan sekatan awal November sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjalani kehidupan normal.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata 109 meninggal dunia dalam 24 jam yang lalu, meningkatkan jumlah korban jiwa kepada 5,015. Ia berkata jumlah pesakit dalam keadaan serius dan kritikal juga mencecah tahap tinggi sekitar 1,083.

Agensi itu berkata tambahan 6,919 orang telah diuji positif koronavirus, membawa jumlah keseluruhannya kepada 589,978.

Ia berkata pihak berkuasa juga mengesahkan 12 lagi kes Omicron, membawa jumlahnya kepada 246.

Pengantar makanan mengadakan bantahan menuntut keadaan bekerja lebih baik di Seoul pada 23 Disember. Korea Selatan hari ini mencatatkan rekod baharu dalam kematian COVID-19. –AP

Varian Delta pada masa ini dikira paling majoriti dalam kes-kes baharu di Korea Selatan tetapi ia mungkin berubah tidak lama lagi.

Pegawai kanan kesihatan, Lee Sang-woo berkata pada awal minggu ini boleh jadi varian Omicron akan menjadi strain dominan di Korea Selatan dalam satu atau dua bulan.

Jaehun Jung, seorang profesor di Kolej Perubatan Universiti Gachon di Korea Selatan, juga berkata tahap jangkitan disebabkan oleh Omicron boleh berlaku di negara kami pada Februari atau Mac.

Dikejutkan dengan peningkatan mendadak dalam jangkitan dan kematian baharu itu, Korea Selatan pada Sabtu mengenakan peraturan penjarakan ketat seperti hanya membenarkan empat orang dalam perkumpulan persendirian dan perintah berkurung jam 9 malam di restoran dan kafe.

Peningkatan itu juga mengancam situasi hospital-hospital dan membebankan penjagaan kesihatan negara tersebut. – AP